Saturday, September 21, 2019

Penulisan Refleksi GKK 1043 Kesihatan Diri dan Kecergasan

Refleksi diri


NAMA                    : MUHAMMAD HASIF BIN MOHD ASRI

ANGKA GILIRAN: 2019092350211

UNIT                       : PENDIDIKAN ISLAM 6


Tugasan 4: Penulisan Refleksi

Pada 10 September 2019, ujian amali SEGAK dan ujian Bleep telah dijalankan di Dewan Al-Farabi. Berdasarkan kerja kursus GKK (Kesihatan Diri dan Kecergasan) yang telah saya pelajari selama dua bulan dan ujian amali SEGAK serta ujian Bleep tersebut, saya telah membuat analisis dan inferens mengenai implikasi ujian-ujian tersebut terhadap fisiologi tubuh badan saya.
            Pertama sekali, saya ingin menerangkan tentang pelaksanaan ujian amali ini. Ujian amali SEGAK dan ujian Bleep dijalankan oleh Unit PAI 1, PAI 6, TESL 2, PSV 1, PSV 2 dan BM 1. Ujian amali SEGAK mempunyai beberapa elemen iaitu Indeks Jisim Badan (BMI), jangkauan melunjur, ringkuk tubi separa, tekan tubi dan naik turun bangku. Ujian SEGAK bertujuan untuk menguji tahap kecergasan pelajar. Seterusnya, ujian Bleep dilaksanakan keatas pelajar bagi menguji tahap stamina pelajar.
            Sebelum melakukan ujian post, para pelajar terlebih dahulu menjalani ujian pra. Secara keseluruhannya, tahap kecergasan diri saya telah meningkat berbanding ujian pra sebelumnya. Kadar Indeks Jisim Badan (BMI) saya meningkat dari 17.4 kepada 17.6. Walaupun kadar BMI saya tidak mencapai tahap normal, akan tetapi kadar BMI saya meningkat. Seterusnya, ujian jangkauan melunjur juga telah meningkat. Dalam ujian pra, saya hanya mampu mencapai sebanyak 30 cm manakala di dalam ujian post, saya mencapai 31 cm. Dalam ujian ringkuk tubi separa pula, saya berjaya memperoleh jumlah 25 iaitu jumlah maksimum bagi ujian ini berbanding ujian pra di mana saya hanya memperoleh 20 sahaja. Hal ini menunjukkan berlakunya peningkatan dalam ujian ringkuk tubi separa. Selepas itu, saya memperoleh skor 25 dalam ujian tekan tubi bagi ujian pra. Dalam ujian post, saya berjaya mengatasi skor tersebut sebanyak 32 kali bagi ujian tekan tubi. Dalam ujian naik turun bangku, kadar denyutan nadi saya mengalami peningkatan yang sangat tinggi iaitu 160 denyutan/minit bagi ujian post berbanding ujian pra, saya hanya memperoleh 115 denyutan/minit. Akhir sekali, saya menjalani ujian Bleep. Saya berjaya menambah jumlah larian dari aras 4.0 kepada aras 6.1.
            Terdapat banyak faktor yang menjadi pemangkin kepada perubahan dari aspek fisiologi terhadap badan manusia. Antara faktor tersebut adalah gaya pemakanan yang seimbang. Saya telah berjaya meningkatkan berat badan saya dari 49 kg kepada 51 kg. Perkara ini dapat dijelaskan dengan peningkatan kadar BMI saya walaupun kadar BMI saya berada pada paras ‘underweight’. Tahap kelenturan saya juga meningkat melalui ujian ringkuk tubi separa dan ujian jangkauan melunjur. Selain itu, saya juga sering melakukan aktivit lasak seperti mendaki bukit. Dengan mendaki bukit, daya kardiovaskular saya dapat ditingkatkan ke tahap yang lebih tinggi. Hal ini dapat dijelaskan dengan peningkatan elemen-elemen dalam ujian SEGAK. Saya juga menjalankan latihan untuk membina kekuatan otot dan perkara ini dibuktikan dengan kenaikan skor pada ujian tekan tubi bagi ujian post. Akhir sekali, stamina saya juga meningkat berdasarkan ujian Bleep yang dijalankan di mana saya berjaya meningkatkan tahap larian saya. Hal ini kerana saya selalu berjoging dan berlari pada waktu petang untuk menambah stamina saya.
            Kesimpulannya, aspek-aspek kecergasan, daya kardiovaskular, kelenturan dan kekuatan otot saya berada dalam keadaan yang seimbang. Saya juga mesti menambah baik beberapa perkara iaitu kadar BMI bagi memastikan tubuh badan saya dapat menjalankan sebarang aktiviti dengan lebih efisien.








No comments:

Post a Comment

Penulisan Refleksi GKK 1043 Kesihatan Diri dan Kecergasan

Refleksi diri NAMA                    : MUHAMMAD HASIF BIN MOHD ASRI ANGKA GILIRAN: 2019092350211 UNIT                       : PE...